22 September 2020

NEELOFA: "PASAL KAHWIN BAGI SAYA TERLALU BANYAK VERSI... SAYA MINTA DOA YANG BAIK"



"Pasal kahwin bagi saya terlalu banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.

"Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.

"Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta," demikianlah kata pelakon, pengacara dan ahli perniagaan berjaya, Noor Neelofa,

Neelofa sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya mengenai soal jodoh. Ditanya mengenai soal tersebut, Neelofa, 31, menegaskan dirinya akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan pasti.

Klik untuk gambar besar


Mengharapkan doa yang baik dari semua pihak, Neelofa juga tidak menafikan pelbagai versi timbul berhubung soal peribadinya. Neelofa pada masa sama kurang selesa dengan kisah sensasi serta spekulasi yang digembar-gemburkan.

"Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini. Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu.

"Cuma kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Medai Hiburan & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: