22 September 2020

NONNY & NIEZAM SELESAI KURSUS KAHWIN - TAK TOLAK JIKA JODOH



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Nonny Nadirah mendedahkan dia dan Niezam Zaidi sudah selesai menjalani kursus kahwin, baru-baru ini.

Menurut Nonny, dengan kehadirannya dan Niezam ke kursus tersebut, diharap dapat menjawab teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.

"Dengan izin Allah Alhamdulilah satu dah selesai. Proses kitorg 'special' sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct dengan @niezamzaidi.

"Semoga menjawab segala persoalan korang semua. Untuk pengetahun semua kursus kahwin, disebabkan musim COVID-19 ini ia disinvkatkan dari dua hari menjadi satu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri tersebut, Nonny turut memuat naik beberapa keping foto saat-saat mereka bersama termasuklah ketika menjalani kursus kahwin.

Nonny juga sebelum ini tidak menolak andai kata Niezam itu bakal menjadi jodohnya dan mereka juga diketahui umum sedang menjalani hubungan yang serius.

Nonny juga sebelum ini tidak menolak andai kata Niezam itu bakal menjadi jodohnya dan mereka juga diketahui umum sedang menjalani hubungan yang serius.

Untuk makluman, Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercerai pada tahun lalu.



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak, Instagram Nonny Nadirah & Niezam Zaidi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: