Anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan personaliti media sosial, Sharifah Rose sebelum ini mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.
Malah anak kepada Datuk K itu juga pernah dilihat pergi bercuti bersama Sharifah Rose dan rakan-rakan lain ke Phuket, Thailand.
Bagaimanapun, sejak beberapa hari ini hubungan mereka mula menjadi buah mulut netizen apabila masing-masing memadam gambar bersama di laman sosial Instagram (IG).
Klik untuk gambar besar
Menerusi tinjauan, Aazief telah memadam semua postingnya di IG yang memiliki 204 ribu orang pengikut itu. Baru-baru ini Sharifah Rose yang juga seorang model dan mengakui sedang hangat bercinta dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sharifah Rose juga mengakui sudah pun berkunjung ke rumah keluarga Aazief ketika sambutan Hari Raya yang lalu dan turut menganggumi keramahan dan kemesraan keluarga kekasihnya itu.
Difahamkan Sharifah Rose dan Aazief Khalid mula berkenalan setelah bertemu dalam sebuah majlis tahun lalu dan mula berhubung menerusia ruangan DM Twitter selepas pertemuan itu sebelum menjalinkan hubungan sebagai kekasih.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment