19 September 2020

"TIDAK PERLU LABELKAN SEMUA YANG MAIN TIKTOK ITU TIDAK ELOK" - NASRUL KESAL NETIZEN SALAHKAN IBU BAPA



"Kalau seorang yang buat salah, korang tegur yang buat salah tu... korang tidak perlu labelkan semua orang yang bermain TikTok itu tidak elok dan tidak baik.

"Kita tak perlu kecam-kecam, tiada faedah pun... dan kita tak boleh cakap mak bapak mereka tak ajar!" demikian ujar pendatang baharu industri muzik, Nasrul Ikhwan yang memberitahu, tidak semua pengguna TikTok menggunakan aplikasi tersebut ke arah perkara negatif.

Nasrul atau nama sebenar Nasrul Ikhwan Noor Azman, 13, dia tidak bersetuju dengan tindakan masyarakat yang melemparkan kata-kata kesat dan mengaitkan semua pengguna TikTok adalah bermasalah.

Dalam pada itu, Nasrul yang baru sahaja tampil menerusi lagu 'Merana' berharap penonton muzik videonya dapat memahami isu yang ingin diketengahkan sebelum meninggalkan komen negatif.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nasrul Ikhwan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: