19 September 2020

BAKAL TIMANG BABY GIRL - NIENA BAHARUN PILIH BERSALIN CZER HUJUNG BULAN OGOS



Pelakon Datin Niena Baharun yang mula mencipta nama menerusi drama 'Sayangku Kapten Mukhriz' itu dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya hujung bulan Ogos depan jika tiada aral melintang.

Niena mahu melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi perempuan itu secara pembedahan. Sebelum ini, anak pertamanya, Adiel Mikael berusia setahun juga dilahirkan secara pembedahan.

"Insya-Allah, saya ada sepasang cahaya mata sekiranya anak kedua dilahirkan. Bolehlah saya berehat sekejap dan fokus membesarkan anak dahulu, sebelum merancang menambah cahaya mata.

"Lagipun, saya bersalin secara pembedahan, jadi doktor menggalakkan untuk saya berehat supaya luka pembedahan dapat sembuh sepenuhnya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Mengulas soal kerjaya, Niena berkata, dia masih mendapat tawaran lakonan, namun terpaksa menolak atas beberapa kekangan: "Saya belum sempat berlakon selepas bersalin anak pertama.

"Tawaran sentiasa ada, malah saya merancang untuk kembali aktif awal tahun ini. Bagaimanapun, Allah mengurniakan saya rezeki hamil lagi. Jadi, niat kembali aktif terpaksa ditunda dahulu. Saya tak mahu dalam keadaan hamil akan menyusahkan pihak lain pula.

"Lagipun, saya terima beberapa tawaran yang memerlukan berada di luar kawasan, jadi saya tak berani mahu memberikan komitmen. Suami tak pernah halang saya aktif berlakon, tetapi saya masih tidak mampu berenggang dengan anak yang masih kecil," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Niena Baharun

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: