02 October 2020

AZWAN ALI DAKWA DITIPU BEKAS PENGURUS: "DIA ADA KES POLIS... SAYA AKAN LEBIH BERHATI-HATI"



"Pada mulanya dia yang beria-ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku. Selepas itu saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia, semua okey.

"Kemudian dia tidak bersikap jujur dan telus dengan saya menjadi punca ini semua terjadi. Saya tak boleh nak berkerja dengan orang macam ni tambahan pula dia ada kes polis.

"Benda ni saya nak dia sedar... bila kau ada kes polis dan berkerja dengan aku, tak pernah nak jujur dengan aku, jadi saya harap dia selesaikan kes dia dengan polis dengan segera.

Klik untuk gambar besar


"Jadi sudah pasti selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk percaya dengan orang di sekeliling saya," kata personaliti terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA yang mendakwa dirinya telah ditipu bekas pengurus, baru-baru ini.

Menurut Diva AA, individu berkenaan dikatakan tidak bersikap jujur dengan dirinya sepanjang berkerjasama, sebelum ini. Dalam perkembangan lain, Diva AA kini sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan minyak angin jenamanya sendiri.

Sebagai permulaan sebanyak 5,000 botol dikeluarkan dengan kandungan 10 mililiter pada harga RM11 sebotol. Minyak Angin Diva AA 'See My Level' ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot dan sebagainya.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: