16 October 2020

"BERTAUBAT & MINTA MAAF DENGAN ORANG DIA ANIAYA" - BREK MOTOR ALIF SATAR 'DIREMBAT'



"Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa. Jangan main-main dengan doa orang teraniaya. Parkir dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong 'brake harness' dan 'brake calipers'.

"Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ini, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya," demikianlah tulis penyanyi, pelakon dan pengacra Alif Satar, 30, menerusi laman Instagram miliknya.

Alif yang merupakan pengacara program Big Stage itu meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila komponen brek motosikal berkuasa tingginya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat di parkir kondominium tempat tinggalnya.

Penyanyi lagu 'Lelaki Seperti Aku' ini berkongsi kekecewaan itu selepas sistem brek pada motosikal model BMW 1000 RR berkenaan lesap dan mendoakan pencuri berkenaan bertaubat.

Klik untuk gambar besar



Alif yang berkongsi dua keping foto di bahagian brek yang dicuri berkenaan itu reda namun berharap pencuri tersebut insaf: "Allah nak gantikan dengan lebih baik, insyallah, doakan!" katanya.

Perkongsian Alif menerima pelbagai reaksi daripada pengikut: "Saya pernah kena tahun lalu... samalah potong tali minyak dan curi brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!

"Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu... manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata," komen netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, mStar & Instagram Alif Satar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: