16 October 2020

RUMAH TANGGA MASIH DIGANGGU, ISTERI SHUK NEKAD TAKKAN BERCERAI DEMI 'ORANG KETIGA'?



Menerusi sebuah entri yang disertakan dengan screenshot kiriman mesej yang dihantar di laman Instagram (IG), isteri kepada pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah meluahkan rasa marah terhadap individu yang difahamkan Fara Salleh yang sebelum ini pernah didakwa bermain kayu tiga dengan suaminya.

Menurut Rossalennah, terdahulu dia pernah berjumpa dengan Fara namun wanita itu masih tetap menganggu keluarganya: "Aku dah pernah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok. Tapi lama-lama kau marah dengan aku.

"Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam. Kau sakitkan aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kau sedar tak Fara. Kau dah sakitkan aku lama sangat-sangat.

Klik untuk gambar besar



"Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku. Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu," dakwanya.

Tegas Rossalennah, dia tidak akan bercerai demi kebahagiaan Fara. Malah, Rossalennah berharap agar Fara meneruskan hidup tanpa suaminya.



"Minta maaf, jangan block unblock apa yang kau hantar semua tu. Aku tetap tak akan bercerai. Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kau move on juga. Doa la banyak-banyak Fara semoga Allah terima taubat. Aku maafkan dosa-dosa kau dengan Shuk," dakwanya lagi.

Walaubagaimanapun, posting itu telah dipadam selepas dikongsikan. Gempak juga sudah menghubungi Syuk dan Rossalennah melalui kiriman mesej di WhatsApp, namun masih menanti jawapan dan pencerahan.

Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini. Pada bulan Julai lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga. Shuk mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya namun enggan mengungkit lagi kisah terbabit.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuk Sahar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: