16 October 2020

HUN HAQEEM TAK PERCAYA BERLAKON DALAM MV TERBAHARU TOKTI: "RASA TAK BOLEH BRAIN"



Pelakon yang popular dengan watak Jakfer dalam drama 'Kampung People', Hun Haqeem telah dipilih sebagai pelakon dalam muzik video terbaharu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudul 'Siapa Tak Mahu'.

Ditanya apakah perasaan terpilih dan ketika kali pertama berjumpa Siti Nurhaliza atau Tokti di lokasi penggambaran muzik video tersebut, Hun berkata, dia sangat bertuah dan bangga kerana diberi peluang muncul sebagai model dalam muzik video yang bakal dilancarkan secara rasmi itu esok.

"Rasa tak boleh 'brain'. Sewaktu hari penggambaran saya cakap 'ya Allah ini betul-betul terjadi'. Saya baru sedar yang memang saya buat muzik video Tok Ti (Siti Nurhaliza). Dalam masa sama berasa seperti ditampar untuk sedar yang ia adalah realiti.

Klik untuk gambar besar



"Tapi, perasaan saya lebih kepada gembira, bangga dan bertuah sebab terbabit dalam muzik video ikon muzik tanah air sekali gus dalam kerjaya Tok Ti. Saya sangat menghormati Tok Ti. Berada sebahagian dalam kerjayanya sesuatu yang di luar jangkaan dan tidak terkata dibuatnya," katanya.

Selain Hun, muzik video arahan Ghazi Maslan dari Ghz Studio itu turut menampilkan pelakon Mira Filzah. Muzik video 'Siapa Tak Mahu' adalah terbitan Zeel Production dan dijalankan di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada penghujung Julai yang lalu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Sebelum ni Zeel Production juga pernah beberapa kali menerbitkan muzik video, namun ini adalah pertama kali menerbitkan muzik video yang khusus dan mempunyai cerita serta konsep tersendiri.

Difahamkan, penerbitan muzik video itu membabitkan 40 kru dan dijalankan selama sehari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Menariknya, untuk muzik video kali ini, Siti tampil dengan lima watak berbeza dengan dalam lima busana berbeza.

Konsep untuk muzik video kali ini bertemakan 'whimsical' atau muzium misteri di mana Siti tampil memegang watak sebagai penjaga muzium ManifestaSITI dan akan berubah watak setiap kali memerhatikan gelagat pasangan kekasih, lakonan Hun dan Mira.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hun Haqeem

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: