16 October 2020

SEMAKIN TERBUKA KONGSI KISAH CINTA - AZZAM SHAM TAK TOLAK JODOH DENGAN SHERYL SHAZWANIE



"Kalau ada jodoh saya dengan dia... saya tidak akan menolak. Benda baik kan tapi saya belum ada perancangan ke arah itu. Jauh lagi perjalanan kami berdua. Saya dan dia masih nak bina karier kami dalam industri.

"Tapi Insya-Allah... apa salahnya (kahwin)," ujar penyanyi Azzam Sham yang semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Sheryl Shazwanie.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hashim, 23, memberitahu dia tidak akan menolak sekiranya mereka berdua dijodohkan untuk menjadi suami isteri namun masih belum ada perancangan ke arah itu.

Klik untuk gambar besar



Menurut Azzam, dia tidak berasa bimbang akan kehilangan populariti dengan pendedahan itu kerana mengetahui peminat sentiasa menyayangi mereka.

"Sheryl selalu ada untuk saya dan dia juga sudah seperti keluarga saya. Masa saya di Big Stage, memang setiap minggu dia datang beri semangat sama seperti peminat saya juga.



"Memang saya akui Sheryl seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Pengakuan saya ini tak menghalang untuk peminat sentiasa menyokong kami. Peminat Sheryl sayang dia dan begitu juga dengan peminat saya yang sayang saya. Jadi, tak perlu saya nak takutkan," kata Azzam.

Sekitar bulan September lalu, juara Big Stage musim ketiga ini mengakui dia menyayangi Sheryl yang menerima dirinya serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut.

Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu 'Perasaan' itu.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Azzam Sham

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: