16 October 2020

"NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA & BINA MASJID..." - MAWAR AKUI HAMPIR PUTUS ASA DEK RINDUKAN ANAK



"Kadang-kadang rasa nak putus asa dengan semuanya sebab rindu anak. Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain.

"Masa dengan suami ok lagi sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ini... rindu. Kadang-kadang pagi sampai malam tak jumpa... ni nak masuk anak kedua dah," demikian kata pelakon Mawar Rashid.

Isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu mengakui mengalas tanggungjawab sebagai selebriti dan usahawan dalam pada masa yang sama menjadi seorang ibu bukan sesuatu tugas yang mudah.

Klik untuk gambar besar



Akui Mawar, 25, dia pernah hampir putus asa dengan kerja kerana terlalu rindu untuk meluangkan masa bersama anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia 18 bulan.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis. Pelakon telefilem 'Penaklukan Syaitan' ini sedang hamil anak kedua dan kandungannya hampir memasuki lima bulan.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia tidak boleh berhenti setengah jalan dan perlu berkorban demi mencapai hasratnya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta serta membina sebuah masjid.



"Tapi Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi keluarga, Mawarose squad, pelanggan tersayang, nak bayar zakat satu juta dan bina masjid bersama-sama kalian semua!

"Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa rindu kat anak-anak demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana... sama macam Mawar tapi yakinlah. Pengorbanan yang paling menyakitkan inilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda.

"Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar banyak daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!" ujarnya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Mawar Rashid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: