07 October 2020

BILA SOFFWANY & RAJA AFIQ KONGSI FOTO MASA KECIL, REMAJA



"RAJA AFIQ❤️SOFFWANY. Masa sekolah dulu cikgu dgn kwn2 panggil Afiq... Raja kdg2 panggil Je.. cikgu2 dan kwn2 panggil Soffwany Fai/Fairuz/Ziha... 🙊.

"Sama x muka ktorg masa kecik2?😅 #akakpolis #husbandandwife," tulis penyanyi yang juga bintang Suara Viral, Soffwany yang memuat naik sekeping foto lama ketika zaman kanak-kanak yang memaparkan dirinya bersama suami, pelakon Raja Afiq di Instagram.

Gambar tersebut kemudian mengundang persoalan dalam kalangan netizen yang menyangkakan bahawa pasangan tersebut sudah mula mengenali antara satu sama lain sejak zaman budak lagi.

"Kecil-kecil memang dah kenal ke?..comel," komen @marzita84. - "Alahai, dari zaman kecil lagi dah berkawan ya..kuat jodoh," tulis @fau_bee. - "Seriuslah mereka dah kenal dari kecil?," tanya @sakinah.asmara.

Klik untuk gambar besar



Bahkan, ramai juga yang menyifatkan jodoh mereka memang cukup kuat lebih-lebih wajah kedua-duanya dikatakan seiras sewaktu kecil.

"Alaaa, comelnya, Kecil-kecil pun iras dah," tulis mommyhana_my - "Uissh muka samalah, memang jodoh kuat!," komen adamcole8204

Begitupun, Soffwany ketika dihubungi menjelaskan bahawa gambar tersebut sebenarnya sudah menjalani proses suntingan.



"Gambar ni edit, tapi mereka banyak ingat gambar betul (diambil bersama ketika kecil). Afiq masa tu berumur 6 tahun, saya pula berumur 5 tahun. Saya cuma guna aplikasi Split Camera," jelasnya ringkas.

Bahkan Soffwany turut berkongsi gambar asal sebelum disunting. Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada 19 September 2020.

Sebelum ini, berita percintaan mereka mencuri tumpuan selepas Raja Afiq bertunang secara senyap dengan Soffwany pada Mac lalu.











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Soffwany

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: