07 October 2020

WAN SHARMILA DILANTIK JADI IKON MISI BANTUAN SYRIA: "INI PENGALAMAN PERTAMA SAYA..."



Pelakon Wan Sharmila mengakui berasa teruja apabila dilantik menjadi ikon Winter Mission 3.0 yang berperanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria.

Wan Sharmila atau lebih dikenali dengan panggilan Lala diberikan kepercayaan untuk mengggalas tugas sebagai ikon bagi sebuah projek sukarelawan.

"Saya memang tidak pernah terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti sukarelawan seperti ini. Ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya harap usaha ini menjadi salah satu sumbangan yang boleh saya berikan kepada masyarakat.

"Pada masa sama, ia juga memberi satu rasa kepuasan buat diri sendiri juga apabila kita dapat membantu dan memberi kegembiraan kepada orang di luar sana," katanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, menerusi sebuah entri di Instagram, Lala turut berkongsi pengalamannya sebagai ikon apabila berkunjung ke sebuah kediaman yang dihuni pelarian Syria.

Menurut Lala, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila dia dapat mendekatkan diri dan menyelami sendiri nasib insan yang kurang bernasib baik.

"Apabila kita pergi berjumpa mereka sendiri, sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Mereka mengajar kita agar jangan terlalu selesa dengan apa yang kita miliki. Saya jadi seronok dan jadi lebih tenang bila mula terlibat dengan aktiviti sukarelawan sebegini," ujarnya.



Menurut Lala lagi, jika diberi peluang, semestinya dia mahu menyertai misi kemanusiaan di negara terlibat.

"Sebelum ini tengok kisah Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ke Syria. Bila tengok tu rasa bimbang juga bila memikirkan soal keselematan. Cuma, pada masa sama saya teruja juga jika dapat pergi ke sana merasai pengalaman sendiri beri bantuan.

"Semalam pergi melawat pelarian Syria di sini je pun dah cuba kawal diri untuk tidak menangis. Maklumlah, saya ini hati tisu. Kalau dapat merasa ke negara mereka, tak tahulah apa jadi," ceritanya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Wan Sharmila

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: