07 October 2020

"INI KEHIDUPAN SAYA, SEMUA DITANGGUNG SENDIRI.. 10 PELUANG SEKALIPUN SAYA BAGI" - BELLA



"Mungkin ketika itu, orang terkejut bila rujuk kembali dengan Aliff. Saya bagi peluang untuk dia belajar daripada kesilapan. Tetapi ramai yang tidak suka dan mula panggil saya bodoh, perempuan gila dan macam-macam.

"Siapa saya nak hukum dia? Ini kehidupan saya, semua ditanggung sendiri. Biarlah 10 peluang sekalipun saya bagi, risiko itu bahu ini yang tanggung beban. Apa pun kesilapan dia, saya yang terima buruk baik," demikian kata penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

Kembali rujuk dengan suaminya meskipun berdepan pelbagai ujian rumah tangga, bukan mudah untuk Bella membuka cerita yang terbuku dalam hatinya. Meskipun dilabel perempuan bodoh, Bella enggan melayan persepsi negatif netizen.

Klik untuk gambar besar



Hanya mahukan kebahagiaan, Bella berkata dia berani mengambil risiko melangkah kembali ke alam rumahtangga bersama Aliff Aziz. Bukan kerana dirinya bodoh, tetapi baginya setiap manusia melakukan kesilapan.

Mengakui sebelum ini ada rakan yang mahu dia mencari lelaki lain selain Aliff, bagaimanapun Bella berkata dia mengalah dan akan terus berdoa agar suaminya itu akan berubah menjadi insan yang lebih baik.

"Kita tak boleh bandingkan hidup masing-masing. Ada yang cakap, dalam dunia ini ramai lagi lelaki baik, tetapi saya tanya diri sendiri, siapa boleh jamin kebahagian kita? Bukankah itu kerja Tuhan?



"Saya hanya mampu tawakal dan memohon agar Allah permudah usaha Aliff untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Lain orang lain pendapat. Saya tak boleh paksa diri untuk lelaki lain.

"Mungkin dia bukan lelaki terbaik di mata orang lain, tetapi untuk saya, dia adalah suami dan bapa yang mampu pikul tanggungjawab itu. Setiap orang buat silap, asalkan dia mahu belajar daripada itu saya bersyukur," ujarnya.

Pada April lalu, hangat diperkatakan apabila Bella mengakui sudah pun rujuk semula dengan Aliff ketika dalam tempoh edah. Pasangan itu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Utusan Online & Instagram Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: