08 October 2020

GUGUR KALI KEDUA, NABILA HUDA SEDIH & TERKILAN



"Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

"Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim)," kongsi Nabila Huda yang tidak dapat menahan kesedihan apabila anak dikandungnya sekali lagi tidak dapat diselamatkan gara-gara mengalami pendarahan dan disahkan keguguran.

Tambah Nabila, dia dan suaminya sudah lama menantikan zuriat kedua itu, bagaimanapun impiannya tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran kali kedua.

"Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Nabila yang mempunyai seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila, berusia 10 tahun melalui perkahwinan terdahulu, pernah mengalami keguguran pada 2019 selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: