08 October 2020

ZARINA ANJOULIE TAYANG BIBIR SEPERTI KESAN PEMBEDAHAN, TUTUP KOMEN



"Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic, nanti Anju buat video ok," demikian tulis pelakon Zarina Anjoulie yang menjadi bualan netizen dan pengikutnya sejak semalam apabila dia memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti baru melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.

Menerusi satu kiriman di Instagram miliknya, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memaklumkan dirinya sedang melakukan 'sesuatu' kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

Anju turut berkongsi fotonya dengan kesan garisan darah di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya.

Klik untuk gambar besar



Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan. Namun ada juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan pembedahan itu.

Meski demikian, mengikut tinjauan, semua komen yang ditinggalkan netizen sudah tiada pada awal pagi ini kerana Anju telah menutup ruangan komennya.

Apa-apapun, kita tunggu saja perjelasan dari Anju ya dan jangan buat spekulasi sebelum tuan punya badan memberi pencerahan apa sebenarnya yang cuba dilakukan terhadap bibirnya.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Anjoulie

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: