Penggiat kecergasan Ukraine yang mempermainkan pandemik COVID-19 sebagai satu hoax akhirnya meninggal dunia pada 17 Oktober kerana komplikasi jantung setelah dijangkiti virus maut itu. Dmitriy Stuzhuk, 33, dijangkiti virus pernafasan itu selepas dia menjelajah ke Turki baru-baru ini.
Awalnya, dia yang aktif dalam aktiviti kecergasan telah menyebut pada sejuta pengikut Instagramnya bahawa penyakit COVID-19 sebagai penipuan (hoax). Sebelum meninggal, dia sempat berkongsi foto rawatannya di hospital setelah diagnosis positif COVID-19 dengan oksigen tambahan.
Awalnya, dia kelihatan baik-baik saja dan pulih, namun kemudian secara mengejut meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Terdahulu , dia telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan "teruk" setelah dia jatuh "tidak sedarkan diri". Awalnya, Dmitriy telah memberitahu pengikutnya sejak ujiannya positif, dia merasakan masalah aneh dengan sistem kardiovaskularnya.
www.myartis.com / Sumber: Republicworld
________________________

No comments:
Post a Comment