21 October 2020

SHARNAAZ HUBUNGI SENDIRI SPRM GARA-GARA MACAU SCAM



"Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.

"Saya mengaku pernah menghubungi SPRM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan," kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, mengakui dia belum dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pengubahan wang haram Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Dakwa Sharnaaz, dia ada menghubungi SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan dan bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan. Malah tambahnya dia tidak perlu rasa takut kerana tidak bersalah dan mendakwa tidak terbabit dalam sindiket berkenaan.

"Kegiatan haram terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan. Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja," selorohnya.

Klik untuk gambar besar



"Syukur, perniagaan saya masih berjalan seperti biasa. Namun, agak terjejas sedikit daripada segi jenamanya sajalah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Baru-baru

ini, akhbar melaporkan dua artis terkenal dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes terbabit. Persoalannya, siapakah mereka? - HM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: