12 October 2020

GIGIH BERDAKWAH - ZUL HANDY BLACK DEDAH ADA YANG 'PANAS' HATI' DENGAN TEGURANNYA



Bekas vokalis kumpulan rock iaitu Zul Handy Black yang berhijrah sejak beberapa tahun lalu itu dilihat kini semakin rancak berdakwah melalui muzik. Bagaimanapun, Zul mendedahkan ada pihak seolah kurang senang dengan tindakannya yang memberi teguran demi kebaikan. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul terkilan apabila niatnya untuk mengajak orang sekelilingnya ke arah yang lebih baik sering disalah ertikan. Malah, ada yang menegurnya semula dengan mengatakan dia juga bukan orang yang baik dahulu.

"Bila tegur, banyak respons yang berbunyi, 'macam kau sorang masuk syurga', 'kubur masing-masing', 'kau pun dulu teruk juga', 'siapa kau nak tegur orang' dan macam-macam lagilah.

"Aku buat sebab Nabi SAW suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat. Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah. Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam satu posting berasingan di Insta Story, Zul mengakui mungkin caranya agak kasar dalam berdakwah, namun dia hanya menjalakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan terpulang sama ada mahu menerimanya dengan cara positif atau pun tidak.

"Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik.

"Yang tak nak terima tu... baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang, tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku.



"Niat aku tak ada lain. Selain daripada nak ajak seramai manusia untuk sama-sama berusaha untuk ke syurga Allah. Niat dakwah," ujarnya.

Begitupun, Zul tidak mendedahkan isu berkaitan mengenai tindakannya yang membuat teguran itu. Bagaimanapun, terdahulu, dalam satu posting berasingan di Instagram Story, Zul turut ada menegur hal berkaitan cabaran lagu 'Empat Dara' yang tular.

Sebelum ini, Zul dikatakan mula melakukan penghijrahan selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada 2015.



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Zul Handy Black

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: