12 October 2020

SUAMI TERIMA PANGKAT DATUK - RITA SOSILAWATI KINI BERGELAR DATIN



Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, suami kepada usahawan kosmetik popular, Rita Sosilawati iaitu Khamarulazlan Mohamad Hanafiah telah menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa Datuk.

Sekaligus, penganugerahan itu membuatkan Rita kini bergelar Datin. Berita gembira itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram semalam.

"Tahniah sayang di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) Susaha senang bersama membuatkan kita lebih kuat daripada sebelum ini, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu sayang.Hari yang cukup bermakna, 11/10/2020, Ahad," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan majlis istiadat penganugerahan tersebut. Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Rita merupakan anak sulung kepada pengasas kosmetik Nouvelles Visages (NV), Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh dalam satu insiden pembunuhan terancang pada Ogos 2010.

Untuk info, Allahyarham Sosilawati pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rock, Nash pada 2006 sebelum berpisah pada Mei 2009.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Rita Sosilawati & Khamarulazlan Mohamad Hanafiah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: