12 October 2020

SELESA SIMPAN HAL PERIBADI - TUJU AKUI SUDAH LAMA BERNIKAH, ENGGAN DEDAH TARIKH



"Untuk peribadi saya suka simpan. Saya dengan Loca sudah bernikah tetapi bila tarikhnya saya tidak mahu kongsikan. Kami sudah lama berkahwin namun kami diamkan saja. Saya sudah beritahu di Instagram (IG) jadi semua orang dah tau.

"Takkan saya nak tipu," kata anggota kumpulan K-Clique, Tuju yang memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinannya bersama penyanyi rap wanita, Loca B kepada umum.

Jelas Tuju, dia lebih selesa untuk menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi. Tambah Tuju, dia lebih mementingkan keluarga daripada 'melayan' mulut netizen yang suka melemparkan kata-kata negatif.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang penting bagi saya adalah keluarga. Setiap rezeki yang datang dari industri seni ini adalah untuk keluarga. Kalau netizen nak cakap yang tidak baik tentang saya dan Loca, terpulang kepada mereka. Orang yang berada di sekeliling saya tidak pernah bercakap buruk kerana mereka semua lebih tahu," ujarnya.

Sebelum ini, Tuju membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Loca di Instagram Stories miliknya. Coretan itu juga dilengkapkan dengan foto Tuju bersama Loca yang kini sedang hamil.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tuju K-Clique & Loca B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: