12 October 2020

PERTAMA KALI 'ABSENT' GV SETELAH 7 MUSIM - NABIL NAFI COVID-19 ADA KAITAN



"Saya sepatutnya hadir pada hari ini (semalam) tetapi kesihatan tidak mengizinkan. Doakan saya kembali minggu hadapan, Insya Allah," kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang memaklumkan dirinya tidak dapat mengacara minggu pertama program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bersama Jihan Muse malam semalam kerana kurang sihat dan memohon cuti rehat.

Minggu pertama GV7 menyaksikan Jihan Muse bergandingan dengan Datuk AC Mizal, menggantikan Nabil. Nabil bagaimanapun meminta peminat GV7 tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ketiadaannya semalam.

Nabil juga menafikan ketidak hadirannya pada malam tadi tidak ada kaitan dengan kes Covid 19: "Tidak ada kena mengena dengan Covid 19," katanya yang sebelum ini sempat menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran Datuk AC sebagai pengganti Nabil, tetap menggamatkan penonton di dalam dewan Pusat Konvensyen Putrajaya. Minggu pertama GV7 turut menyaksikan 7 bekas juara program realiti ini bertindak sebagai juri jemputan sepanjang bersiaran.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Astro Gempak, Datuk AC Mizal, Jihan Muse & @nabilzira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: