12 October 2020

SHAKIR YANG DIANGGAP ANAK KANDUNG OLEH MAMAT KHALID MENINGGAL DUNIA



Menerusi satu entri di laman Facebook, pengarah Mamat Khalid telah memuat naik ucapan takziah dan ia telah mengejutkan ramai pihak.

Ini kerana dalam entri itu, pengarah filem 'Hantu Kak Limah' itu menulis, 'Semoga roh anakandaku, Shakir ditempatkan bersama mereka yang soleh. Amin...'. Ucapannya menimbulkan persoalan, adakah salah seorang anaknya meninggal dunia.

Kebanyakan beranggapan arwah Shakir atau nama sebenarnya, Muhammad Shakir Khan Abdul Salim, 27, anak kandung Mamat. Bagaimanapun, pengarah berusia 57 tahun itu menjelaskan perkara sebenar ketika dihubungi. 

Klik untuk gambar besar



"Arwah bukan anak kandung saya. Tetapi, saya sudah menganggap arwah Shakir seperti anak sendiri. Dia bekerja di kafe Sarang Art Hub sejak lima tahun lalu. Arwah pernah berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan beberapa kali berlakon di bawah arahan saya," katanya.

Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke kafe Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Jenazah dikebumikan di Selama, Perak.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan dengan isteri, Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanan.



www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: