03 October 2020

HINA RAKYAT SABAH - CIK NON DISIASAT POLIS



"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan," kata Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Ia berikutan seorang pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahada Aisyah atau Cik Non yang dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun FB terbabit atas kenyataan dimuat naiknya itu.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka 'bodoh' dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka. - HM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: