03 October 2020

SELAMAT TIMANG BABY GIRL - FATTAH & FAZURA KONGSI WAJAH & NAMA SELEPAS 7 HARI



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura apabila kini bergelar ibu bapa selepas anak sulung mereka yang merupakan bayi perempuan selamat dilahirkan pada Jumaat.

Fattah dan Fazura berkongsi berita gembira itu di laman Instagram masing-masing dengan memberitahu puteri sulung mereka dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan ini akan mendedahkan nama dan wajah bayi berkenaan selepas bayi berkenaan berusia tujuh hari. Dalam masa sama, mereka turut berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan proses kehamilan isterinya berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar


"Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan," tuturnya.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fattah Amin & Nur Fazura

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: