09 October 2020

"JANGANLAH DUK TELEFON... SEBAB SAYA TAKKAN JAWAB" - ERIN TAK LAYAN LELAKI 'MENGORAT' DI IG



"Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan juga ayah kepada 8 orang ank yang saya perlu bagi segala-galanya. Sakit demam pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tak ada adik-beradik, saudara-mara, orang tua mahupun pembantu yang saya boleh harap dan minta tolong untuk saya melakukan 1,001 macam kerja dan tanggungjawab dalam hidup saya.

"Orang luar duk nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya. Maaf saya kena beritahu kat sini.. Tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni. Bapa kandung pun lepas tangan ni kan pula bapa tiri. Saya dah penat sangat nak bagi respon pada yang duk DM tu.

"Maaf bukan mudah senang nak senang. Tak hadap lagi bolehlah awak-awak semua kata 'saya terima seadanya saya'. Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab. Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang lenang dan bukan takat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi.

"Takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan kuat mental je yang mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya," demikian tulis bekas isteri penceramah bebas Da'i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin, 40, yang meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut.

Klik untuk gambar besar



Jelas Erin, tidak ramai lelaki yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya. Kata Erin dia juga sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang mahu mengenalinya menerusi laman sosial.

Dalam pada itu, Erin berkata, kesenangan dan kemewahan hidup yang dilaluinya sekarang memerlukan dia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja.

Katanya, hanya lelaki yang betul-betul kuat fizikal dan mental sahaja mampu menjadi pasangannya. Malah, Erin memberikan amaran agar tidak menganggunya lagi. Dia mahu lebih fokus untuk menjaga anak-anaknya biarpun sendirian. Nasihat Erin, adalah lebih baik untuk lelaki-lelaki berkenaan mencari gadis lain yang tidak punyai komitmen sepertinya.


"Maaf sesangat tak dapat nak respon pada semua. Anak sakit mak tak tidur malam, tak makan, tengok telefon pun tak sempat. Janganlah duk telefon mahu tak mahu ya... Sebab saya memang takkan jawab. Habis baterti telefon, saya nak simpan untuk kecemasan ni ye harap faham," jelasnya.

Untuk makluman, Erin berkahwin dengan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November 2019. Rumah tangga Farhan dan Erin runtuh selepas wanita itu mendakwa diceraikan pada 27 April lalu.

Erin mendakwa bekas suaminya sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu, atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

Kontroversi membabitkan pasangan ini bermula apabila apabila Farhan mengumumkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Makkah. Situasi menjadi semakin panas apabila Fatin turut membuat pengakuan sudah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: