09 October 2020

MACAU SCAM & CUCI WANG HARAM - ARTIS MANAKAH AKAN DIGARI, MASUK PENJARA?



"Siapa yang makan cili pasti rasa pedas!" demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengenai pihak yang bakal ditangkap gara-gara Macau Scam serta aktiviti ‘mencuci’ duit haram yang turut melibatkan artis dan selebriti tempatan.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil.

"Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang ditahan itu diminta tampil. Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik," tambahnya.

Dakwaan mengenai sindket Macau Scam yang menggunakan populariti artis dan selebriti makin hangat sejak beberapa hari lalu apabila duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah dibongkar.

Klik untuk gambar besar



Menurut Azam, beberapa selebriti dan ahli perniagaan turut terlibat dan berada dalam radar agensi sindiket penipuan Macau Scam serta judi dalam talian.

Sehubungan itu, Azam meminta individu yang pernah menerima wang daripada mereka yang ditahan tampil memberi kerjasama secara sukarela.

"Dalam siasatan ini didapati beratus-ratus syarikat ‘dummy’ yang sengaja diwujudkan untuk menyalurkan wang haram ini," ujarnya yang sudah mempunyai senarai nama selebriti untuk hadir bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.



www.myartis.com / Sumber: HM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: