08 October 2020

KONGSI FOTO MESRA - HUNNY MADU AKUI HUBUNGAN DENGAN CEF ITALI KINI SEMAKIN SERIUS



Baru-baru ini, pengacara dan penyanyi Hunny Madu telah berkongsi foto sekitar percutiannya bersama keluarga di Langkawi menerusi laman Instagram. Hunny tidak hanya bercuti bersama keluarga, malah turut bersama kekasih barunya, Fedrighi Francesco yang berasal dari Itali. 

Meskipun melalui episod luka dek rumah tangga yang tidak mampu diselamatkan sebelum ini, Hunny kini nampaknya lebih bahagia bersama kekasih barunya yang merupakan seorang cef antarabangsa dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.

Bahkan wanita itu tidak segan untuk mengakui bahawa hubungannya dengan jejaka Itali itu kini berada pada tahap yang serius. Malah, Hunny akui dia dan Francesco sudah saling berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Klik untuk gambar besar



"Hubungan kami agak serius setakat ini tetapi jika ada apa-apa saya akan umumkannya nanti. Kami juga sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing, malah dia sangat rapat dengan keluarga saya.

"Kebetulan pula, dia sudah lama tidak bercuti dan keluarganya juga jauh di Itali. Jadi sebab itu kami mengajaknya bercuti sekali. Saya rasa tak salah pun dia ikut sekali kerana dia pun berkongsi bilik dengan adik lelaki saya di sana," katanya.



Pelantun lagu 'Helo' itu mendedahkan hubungan cintanya dengan Francesco pada awal tahun ini. Tambah Hunny, Francesco seorang penyayang kepada anak-anaknya.

"Anak-anak saya sayangkan dia sebaba dia seorang yang penyanyang dan suka membuat lawak. Jadi mereka sudah mula rapat," tuturnya.

Untuk makluman, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 36, pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Eva Medina, 7, dan Adam Musa, 3.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hunny Madu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: