08 October 2020

ISU VIDEO LUCAH DENGAN ARIEL - LUNA MAYA AKUI INGIN MATI, TAK TAHAN DIBULI & DIHINA



Pada tahun 2010, pelakon Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel telah berdepan dengan kontroversi hangat dimana video lucah mereka tersebar dan ia menggemparkan industri hiburan sekaligus menjadi tajuk utama di Indonesia dan Malaysia.

Kejadian yang memalukan itu telah membuat kerjaya kedua-dua selebriti ini merudum. Ariel yang kini membina karier bersama band baharunya, NOAH malah sempat disumbat ke dalam penjara kerana video lucah bersama Luna Maya yang pada waktu itu merupakan kekasihnya.

10 tahun telah berlalu, akhirnya Luna Maya yang sebelum ini akan mengelak untuk bercakap mengenai insiden hitam itu akhirnya terbuka untuk mengungkapkan perasaannya mengenai kejadian tersebut.

Klik untuk gambar besar

Pelakon filem 'Jakarta Undercover' itu mengaku terlalu malu untuk membuka kembali cerita lama yang hampir memusnahkan kehidupannya.

Kata Luna, hal itu juga adalah salah satu memori kelam yang pernah terjadi di kehidupannya sehingga terfikir untuk membunuh diri.

"Saya ingat lagi enam bulan pertama, satu tahun pertama sangat berat untuk saya. Bukan setahun, tapi tiga bulan pertama ya. Berat dan sangat sulit untuk saya. Waktu itu rasanya macam nak mati," kata Luna Maya saat berborak dalam YouTube milik Eko Patrio.



Dia memanjangkan perbualan dengan mengatakan keinginan untuk mati bukan kerana berasa putus asa terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Namun kerana tak tahan dibuli dan dihina masyarakat.

"Sebenarnya saya bukan rasa nak mati sebab putus asa, tapi kerana tak tahan dibuli dan dihina. Sebab saya fikir kalau semua orang sudah tidak suka dan hanya tahu menghina saya, mengapa perlu saya hidup lagi?

"Lebih baik mati supaya semua orang tenang," akuinya yang kini sudah berani menghadapi kehidupannya dan mengambil pelajaran daripada apa yang telah berlaku.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Luna Maya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: