08 October 2020

QODY RANY RANCANG GUNA KEMENANGAN RM25,000 BUKA RESTORAN MAKANAN BARAT



Qody Rany yang memenangi tempat ketiga dengan wang tunai RM25,000 menerusi program realiti Big Stage 2020 (BS2020) itu merancang untuk menggunakan duit kemenangannya untuk membuka sebuah restoran yang menghidangkan makanan barat.

Menurut pemilik nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, perancangan untuk membuka restoran di Kuala Lumpur itu mendapat inspirasi daripada rakannya di Langkawi.

"Idea ni datang daripada kawan saya yang buka kedai makan di Langkawi. Saya sendiri suka makan dan selepas PKP hari tu, saya ada bantu buat review restoran dia dan jadi viral. Dari situ saya dapat inspirasi untuk buka restoran di sini.

Klik untuk gambar besar



"Tapi saya risau juga dengan keadaan negara yang dilanda pandemik ni. Takut dah buka kedai dan mana tahu PKP akan kembali diadakan sebab kes COVID-19 makin naik, ada baiknya saya tunggu keadaan makin stabil," jelas Qody.

Tambah Qody lagi, dia bersyukur apabila tahun 2020 ini membuka banyak pintu rezeki antaranya dua single terbarunya dilancarkan pada tahun ini serta mendapat tempat ketiga BS2020.


"Rezeki tu dapat dalam pelbagai cara. Saya lancarkan dua lagu tahun ni iaitu 'Satu Malam' yang dijadikan OST untuk sebuah drama tempatan dan satu lagi lagu berjudul 'Egois' yang baru dilancarkan beberapa hari lepas.

"Dan memang dalam perancangan juga seperti cadangan Ajai, kalau boleh lepas ni saya nak cuba hasilkan lagu berentak rancak dan fun. Saya dah ada dua lagu balada yang menjadi jadi apa salahnya cuba lagu yang rancak pula," katanya lagi.

Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Qody Rany

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: