03 October 2020

"SEOLAH-OLAH GEMBIRA ATAS PENYINGKIRAN SAYA" - FARISHA IRIS TERGORES HATI JAWAPAN AZZAM SHAM



"Saya tak sedih langsung kerana tersingkir. Tiada terlintas di hati... tetapi saat melihat video itu, saya kecewa dan sedih atas kenyataan tersebut seolah-olah gembira atas penyingkiran saya.

"Kenyataan tersebut seolah-olah, 'nasib baik Farisha yang tersingkir dan bukan Qody'... sepatutnya tahu program itu siaran langsung, seharusnya tahu etika menjawab soalan dan menjaga sensitiviti," demikianlah tulis peserta Big Stage 2020, Farisha Iris yang tergores hati dengan kenyataan penyanyi Azzam Sham semasa temubual secara langsung dalam program MeleTOP, Selasa lalu.

Penyanyi lagu 'Bebel' itu menulis luahan hatinya menerusi laman Twitter pada Sabtu. Menurut Farisha, dia kecewa apabila jawapan yang diberikan oleh Azzam dan empat peserta lain seolah-olah meraikan penyingkirannya dalam program realiti itu.

Menerusi temubual dalam program MeleTOP, pengacara Nabil Ahmad dan Wawa Zainal bertanyakan kepada lima penyanyi yang layak ke pentas akhir mengenai perasaan mereka tanpa saingan peserta wanita. 

Menjawab pertanyaan tersebut, Azzam memberitahu dia menerima banyak komen daripada peminat yang hairan melihat mereka lebih bersedih apabila nama Qody diumumkan antara yang akan tersingkir.

Klik untuk gambar besar


"Ramai orang tanya bila Farisha tersingkir kami semua tak nangis tapi bila abang Qody (hampir) tersingkir kami menangis, mereka pelik!" jawab Azzam.

Luahan kecewa Farisha itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang memintanya berfikir secara rasional serta tidak menjadikan hal itu sebagai isu yang akan merosakkan persahabatan mereka. Bagaimanapun, Farisha berkata dia memerlukan sedikit masa untuk mengubati kekecewaan itu.

"Anda semua boleh terangkan apa sahaja anda mahu kerana anda tak rasa apa saya rasa. Kamu bukan di tempat saya. Kamu tak tahu apa saya rasa. Saya tak benci dia, dia kawan saya. Saya sayang persahabatan ini tetapi ia mengecewakan saya. 

"Jangan risau saya tak simpan dendam cuma bersedih. Hati yang hancur bukan mudah untuk diubati, ia memerlukan masa. Saya boleh gelak ketawa, happy go lucky tapi saya ada hati dan perasaan," ujarnya.


Bagaimanapun lain pula impaknya apabila pengguna Twitter tidak sependapat dengan Farisha. Menerusi beberapa ciapan di ruangan Twitter miliknya, rata-ratanya meminta Farisha bersikap lebih profesional memandangkan wanita itu merupakan seorang selebriti.

Pada konsert minggu ketujuh Ahad lalu, pengumuman penyingkiran Qody dan satu-satunya peserta wanita iaitu Farisha Iris di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.

Namun, selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang 'drama' apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjuangan di pentas akhir Big Stage 2020.

Selain Qody dan Azzam Sham, penyanyi lain yang layak ialah Usop, Dinie Rashid dan Fadh Majid. Konsert Akhir Big Stage 2020 akan berlangsung pada Ahad ini.











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram & Twitter Farisha Iris

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: