04 October 2020

MUAT NAIK VIDEO PERLAWANAN DALAM STADIUM - EYKA FARHANA TERIMA KECAMAN



Semua sedia maklum mengenai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menjulang kejuaraan saingan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor buat tujuh kali berturut-turut dalam sejarah penganjuran selepas berjaya membenamkan pasukan Sabah 4-1, malam semalam.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila pelakon Eyka Farhana memuat naik video di Insta Story menunjukkan pemandangan dari dalam Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika perlawanan itu sekaligus mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, Eyka yang juga kekasih kepada pemain pasukan JDT, Akhyar Rashid dilihat memadam video itu dan serta memuat naik status bagi menjelaskan perkara sebenar disebalik rakaman video tersebut selain permohonan maaf.

"Video yang saya muat naik dalam perkongsian sebelum ini saya ambil dari ahli keluarga. Jangan salah faham," tulisnya.

Sementara itu di media sosial, perkongsian Eyka itu menjadi bualan hangat netizen terutama peminat bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pendirian oleh penganjur liga Malaysian Football League (MFL).

Klik untuk gambar besar


Malah, netizen beranggapan MFL seolah seperti menutup mata berkaitan isu kehadiran para penyokong atau ahli keluarga ke stadium.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah apabila perasan terdapat segelintir penyokong yang dilihat di kerusi penonton stadium tersebut walhal sebelum ini sudah diuar-uarkan bahawa perlawanan itu akan dijalankan tanpa penonton bagi mematuhi arahan kerajaan.

Malah kemarahan itu turut ditujukan kepada pihak Malaysian Football League (MFL) yang sepertinya memandang enteng mengenai isu ini dan membenarkan penonton memasuki perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, pihak MFL mengesahkan pihak JDT sudah membuat permohonan untuk membawa ahli keluarga pemain berskala kecil untuk menonton perlawanan itu di stadium.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Kosmo & Instagram Eyka Farhana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: