18 October 2020

SELAMAT DILAHIRKAN 10.10.20 - SHAH ISKANDAR TIMANG ANAK SULUNG SELEPAS 4 TAHUN



"Nikmat yang cukup membahagiakan. Selepas empat tahun berkahwin dan menanti zuriat, kehadiran Yusuf menjadi pelengkap bahagia kami. Hadirnya menyuntik rasa cinta yang penuh nikmat ketika kita semua berdepan dengan ujian pandemik COVID-19. Insya-Allah, semoga musibah ini akan lekas pergi.

"Hadirnya memberi makna yang tiada dua. Saya dan isteri akan menjaganya sebaik mungkin. Kami akan menggalas tugas baharu ini dengan penuh tanggungjawab," demikianlah kata pelakon Shah Iskandar.

Isteri Shah, Siti Sarah Mohd Noor selamat melahirkan anak sulung mereka yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, minggu lalu. Pelakon yang daripada Singapura itu mengumumkan berita gembira tersebut selepas genap seminggu usia si comel.

Merakam memori indah pada tarikh istimewa, 10.10.2020, bayi pasangan ini yang diberi nama, Yusuf Zulkarnaen, itu dilahirkan secara pembedahan pada jam 2.02 petang.

Klik untuk gambar besar



Shah yang pernah meraih trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dua tahun berturut-turut, iaitu pada 2013 dan 2014, mengaku sengaja melewatkan perkongsian berita gembira itu.

Bayi seberat 3.66 kilogram ketika dilahirkan itu dianggap pelengkap kebahagiaan Shah dan Siti Sarah: "Saya hendak beri perhatian yang lebih kepada anak dan isteri. Pengorbanan isteri melahirkan anak kami tiada ternilai," katanya.

Shah juga bersyukur keluarga sendiri dan mentua memberi sokongan dan semangat. Untuk makluman, Shah atau nama penuhnya, Shah Iskandar Mahfuz, 37, berkahwin dengan Siti Sarah, 34, pada 16 Januari 2016.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Shah Iskandar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: