02 October 2020

WAN EMIR ASTAR: "SALAM PAPA, EMIR KENALKAN NUR AMIRAH.. ANAK PEREMPUAN PAPA"



"Salam Papa 💙🌹 yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah.. your daughter Papa.. the one He has chosen for me and of me for her. And I will love her as how Papa loved Ibu, with great responsibility and passion.

"Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. And "Turn over a new leaf" was one of Papa'’s final words to Emir.. maka izinkanlah Emir & Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini.

"Thank you Papa & Ibu 💜 Abah & Mak. Because of each one of them, of the parents' hopes, prayers and blessings, here we are as husband and wife, and to go through life seeking The Almighty Allah's love and pleasure. 

Klik untuk gambar besar



"We miss you Papa.. Every single day. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb. Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. #ArahManaSyurga #CeritaPapa 🌌," demikian tulis Wan Emir Astar yang membawa isteri, pelakon Mira Filzah menziarahi pusara arwah bapanya serta bertemu dengan datuk dan neneknya.

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru pasangan ini berkongsikan momen menarik apabila pulang ke kampung bagi menyambut ulang tahun kelahiran datuk serta opah dan juga menziarahi kubur.



Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian Wan Emir yang cukup menyentuh hati netizen apabila pasangan itu ke ke pusara Allahyarham bapa Emir sebelum bergegas ke Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis tahlil.

Lebih sebak Wan Emir bermonolog memperkenalkan Mira sebagai isterinya dan mengatakan bahawa dia akan menyayangi isterinya sebagaimana bapanya mencurahkan rasa cinta pada ibunya.

Diruangan komen rata-rata tumpang gembira melihat pasangan tersebut pulang ke kampung bertemu insan tersayang dan mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Wan Emir Astar & Mira Filzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: