26 November 2020

ALI BERANG ANAK JADI MANGSA NETIZEN: "MAKAN PENAMPAR MULUT TU PECAH NANTI..."



Pelawak Ali Puteh baru-baru ini memuat naik foto bersama anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru berusia dua bulan dengan disertakan kapsyen 'My king' menerusi laman Instagram (IG)nya.

Namun begitu, ada segelintir pengikut Ali atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, meninggalkan komen kesat pada foto anak ketiganya itu.

Sengaja mengundang pergaduhan, terdapat beberapa orang netizen meninggalkan komen berbaur perlian. Komen itu telah mencetus kemarahan Ali sekali gus memberikan peringatan untuk tidak mengaitkan anaknya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada juga yang bersikap prihatin meluahkan rasa kesal terhadap individu tidak sensitif itu kerana melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.

Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Selain Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 ini dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ali Puteh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: