26 November 2020

KEKASIH SAHKAN ALYA IMAN HIDAP DEMAM DENGGI: "LEMAH & SAKIT BADAN"



Usahawan Ridhwan Rosli memaklumkan kekasihnya, pelakon Alya Iman telah disahkan menghidap demam denggi semalam. Menurut Ridhwan, Alya mengadu tidak sihat sejak berada di pejabat.

Ridhwan berkata, Alya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin sekurang-kurangnya 48 jam sebelum boleh dimasukkan ke wad.

"Alya demam denggi. Dia tak sihat sejak dekat pejabat lagi. Alya pergi ke pusat perubatan swasta dalam pukul 4 petang (Rabu). Selepas lakukan semua ujian, sekarang kena tunggu keputusan Covid jadi dia kena kuarantin sekurang-kurangnya dalam 48 jam. Itu prosedur biasa sebelum admitted," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Ridhwan, pelakon drama 'Senafas Rindu' itu berada dalam keadaan lemah ketika ini dan alami sakit-sakit badan, namun percaya anak kepada pelakon filem 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha itu sedang dirawat dengan sebaiknya.

"Alya lemah dan sakit badan. But I believe she's in good hand," kata Ridhwan lagi yang memuat naik foto Alya terlantar di atas katil hospital menerusi Insta Story.

Sementara itu, Alya menerusi Insta Story turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menitipkan doa untuk kesembuhan dirinya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alya Imann

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: