26 November 2020

DITUDUH JUAL HADIAH SITI NURHALIZA KE PAJAK GADAI - AISHAH LUAH RASA BERANG



Penyanyi Aishah baru-baru ini telah menerima hadiah kek daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas dia berjaya menyampaikan lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35.

Aishah bagaimanapun menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa berang terhadap komen seorang netizen yang menuduhnya akan menjual kek pemberian Siti ke kedai pajak gadai. Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu menyifatkan individu itu seolah menghinanya.

Malah, komen yang diberikan oleh individu itu agak melampau dan seperti mahu reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai 'artis sendu'. Tidak hanya berdiam diri, Aishah turut mendedahkan wajah individu tersebut di Instagram miliknya sebagai pengajaran.

"Haaaa ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai. Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Aishah turut meminta pendapat neitzen adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan individu tersebut.

"What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran? Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak," tegasnya.

Terdahulu, Aishah menerima pelbagai reaksi daripada netizen mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' oleh Siti Nurhaliza. Meskipun ramai yang memuji nyanyiannya namun, ada yang mengkritik persembahan Aishah kurang menyerlah.

 





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aishah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: