11 November 2020

ALI MIMPI ARWAH ABAM SELEPAS GENAP 9 BULAN MENINGGAL DUNIA



"Hari ini 10 haribulan (semalam), genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik.

"Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sahaja mereka-mereka semua yang hina kita. Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau, semoga tenang disana ya bang. Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat.

"Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya dekat sana," demikianlah tulis pelawak Ali Puteh menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelawak Ali Puteh memaklumkan meskipun sudah sembilan bulan berlalu, namun masih ramai yang datang menziarahi pusara abangnya, Allahyarham Abam Bocey. Malah, Ali berkata pusara abangnya juga sentiasa bersih.

Klik untuk gambar besar



Dalam status yang sama, Ali turut memberitahu dia didatangi arwah Abam dalam mimpinya pada Isnin lalu. Ali berkata abangnya hanya tersenyum dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Menurut Ali kasih sayang terhadap abangnya tetap utuh meskipun pelbagai kecaman dan hinaan diterima sejak pemergian arwah. Baginya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu tentang yang tahu perkara sebenar.

Untuk info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari lalu.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ali Puteh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: