11 November 2020

YANA SAMSUDIN SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA, PEREMPUAN



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Yana Samsudin dan suaminya, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari atas kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi perempuan, pada pagi, Sabtu lalu. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram milik masing-masing.

Menurut Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari, 37, anak keduanya itu dilahirkan di Pusat Perubatan Batu Pahat, Johor. Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini memberitahu anak dan isterinya kini dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah... syukur. Sebenarnya saya tak kisah sama ada anak kedua kami ini perempuan atau lelaki. Apa yang penting ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih semua yang sudi mendoakan. Hanya Allah yang akan balas jasa anda semua," kata Fadzil ketika dihubungi.

Klik untuk gambar besar



Fadzil turut berkongsi foto mereka sekeluarga berada di hospital menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan selebriti.

Dalam pada itu, Yana menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan proses itu dipermudahkan.

Pelakon filem 'Adnan Sempit' ini juga berkata, dia berehat selama dua bulan daripada permainan streaming bagi menjalani proses berpantang.



"Alhamdulillah dah selamat lahirkan baby gaming. It's a girl... Terima kasih semua yang sudi doakan Yana dan baby selamat dilahirkan.

"Semuanya telah dipermudahkan. Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan dari game streaming dan #EnKetuaRumah @fadzilzahari akan teruskan stream. Sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya," ujarnya.

Untuk makluman, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan mereka sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki bernama Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Yana Samsudin & Fadzil Zahari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: