11 November 2020

MAWAR RASHID & RAF YAAKOB SAMBUT ANNIVERSARY KE-3



"Genap 3 tahun kite berumah tangga Radenku. Happy 3 years anniversary Cinta hatiku.. tadi dah wish macam-macam kan.. hehe.. JazakALLAHu khaira papalove..

"Kalini dapat surprise memang die punye tersentuh tu, lain macam. Air mata tak stop tadi.. perasaan tak terungkap.. Syukur Alhamdulillah.. Anje sayanggg abang... @rafyaakob," demikian tulis pelakon yang kini bergelar usahawan, Mawar Rashid.

Mawar telah berkongsi saat indah ketika ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 bersama suami tercinta, Raf Yaakob menerusi laman Instagram miliknya.

Sedondon berbaju rona merah, Mawar yang kini sarat hamil anak kedua itu dilihat telah meraikan hari bahagia mereka dengan makan malam yang sungguh romantik.

Klik untuk gambar besar



Dia yang memuat naik beberapa keping foto pada malam itu turut mengaku telah menitiskan air mata kerana terharu dengan kejutan yang diberikan suaminya itu.

Manakala menerusi entri berasingan, Mawar turut memperlihatkan cincin tunang serta cincin nikah sebagai tanda cinta dan pengikat kasih sayang sesama mereka.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat telah tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya pasangan ini kekal hingga ke syurga.

Untuk makluman, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac tahun lalu. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.













www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: