23 November 2020

"I'M TAKEN FINALLY HEHE.." - TAYANG 'BOYFRIEND', CIK B SUDAH BERPUNYA?



Nama anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kini mula menjadi sebutan ramai selepas dilihat semakin mendapat tempat di dalam industri seni hiburan.

Terbaru, Cik B yang sudah bergelar seorang pelakon itu kini khabarnya sudah temui cinta sejati apabila dia dilihat tidak segan menayang foto kekasih hati kepada umum.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Insta Story dengan kapsyen ringkas "With My Fav Person".

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, jejaka kacak itu merupakan pelakon drama 'Lelaki Lingkungan Cinta', iaitu Aniq Suhair yang sebelum ini pernah dikatakan mirip penyanyi tersohor dunia iaitu V atau Kim Tae-hyung dari kumpulan BTS.

Bukan itu sahaja, Cik B yang sebelum ini sering mendapat tempias populariti daripada kontroversi yang dilakukan ibunya itu dikatakan turut memuat naik sebuah hantaran di laman Twitter dengan menyatakan bahawa dirinya kini sudah berpunya.



Susulan kejadian tersebut, rata-rata peminatnya terkejut selain menzahirkan ucapan tahniah buat Cik B kerana sudah berjaya temui cinta ketika di usia yang masih mentah. Malah, ada yang turut mempersoalkan sama ada perkara itu benar atau pun tidak.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan mungkin mereka hanya mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul 'Lelaki Lingkungan Cinta' yang kini sedang disiarkan di kaca televisyen.

Menerusi drama itu, watak yang dipegang oleh Aniq menyimpan perasaan terhadap Cik B. Jika benar pun apa salahnya, kacak betul 'boyfriend' Cik B. Mesti seronok dan teruja DSV kalau dapat tahu Cik B dah ada boyfriend.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: