21 November 2020

NABILA TAK DAPAT NYANYI DI SFMM35 - NAFI GIMIK TAPI MASALAH KESIHATAN



Semua sedia maklum mengenai lagu hit 'Peluang Kedua' nyanyian Nabila Razali bakal bertanding di Separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung Ahad ini.

Bagaimanapun, Nabila yng juga seorang pelakon itu terpaksa melupakan hasrat untuk membawakan lagu tersebut di pentas SFMM35 kerana masalah kesihatan.

Menurut pengurus Nabila iaitu Mohd. Asrul Abdul Talib, keputusan itu dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF.

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi.

"Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk," ujar Ashrul.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. 

"Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ini pada malam Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM. Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini," ujarnya.

Ditanya adakah Nabila bersedia menerima kecaman wargamaya gara-gara tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik, Asrul.

"Daripada awal karier Nabila pun, netizen nak cakap apa kita tak boleh stop. Kalau nak kata gimik, tak kot sebab masa pencalonan dia nyanyi secara live dan banyak terima pujian.

"Kalau bukan atas sebab masalah kesihatan, dia nak sangat menyanyikan lagu tersebut. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini," jelasnya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: