21 November 2020

SELAMAT TIMANG KEMBAR LAGI - DR SHEIKH MUSZAPHAR RANCANG ANAK KETUJUH



Tanggal 20 November 2020, angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muzasphar Syukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos telah selamat menimang cahaya mata kembar mereka lagi. Kali ini pasangan ini menimang kembar sepasang, lelaki dan perempuan.

Dr Halina, 39, selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.

"Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memilik anak yang ramai," kata Dr Sheikh Muszaphar, 48.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sudah mula merancang untuk 'mendapatkan' anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.

Klik untuk gambar besar



"Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.

"Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

"Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu," tuturnya.



Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka: "Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19.

"Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya," ujarnya.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun. Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.











www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: