30 November 2020

TAK DAPAT NYANYI DI SFMM35 - NABILA AKUI HATI HANCUR, DUA HARI MENANGIS



"Saya sedih tak dapat nyanyi lagu sendiri. Sebab saya tunggu dari lagu 'Pematah Hati' lagi, tapi tidak ada rezeki. Apabila lagu 'Peluang Kedua' dapat ke SFMM35, dapat tahu pula saya tak boleh nyanyi. Tentu saja saya sedih. Dua hari saya nangis. Memang 'broken heart'.

"Saya percaya semua ini ada hikmah. Mungkin tak nampak sekarang. Lagi pula proses ini panjang yang mana membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula.

"Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian," demikian kata penyanyi Nabila Razali yang mengakui dia menangis dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) akibat masalah kotak suara.

Nabila berkata, peluang muncul pada pertandingan itu sudah lama dinantikan sejak lagu Pematah Hati lagi, namun sekali lagi rezeki tidak berpihak pada dirinya.

Klik untuk gambar besar



Nabila juga menjelaskan keputusan dibuat bukan gimik sebaliknya ia benar-benar membabitkan masalah kesihatan: "Spekulasi yang timbul saya tidak tahu nak komen apa. Sebab ini bukan pertama kali kena. Sebelum ini pun saya sudah kena. Macam-macam sehingga orang tak tahu cerita pun mereka cakap saja.

"Jadi saya biarkan saja mereka berkata-kata. Sebab keadaan sekarang bukan main-main atau gimik. Ini memang membabitkan kesihatan saya. Kalau saya bagi kata-kata orang itu sebaliknya apa yang saya kena buat, mungkin perkara ini akan merosakkan kesihatan sendiri.

"Kalau betul orang cakap saya takut dan kena buat persembahan juga, bayangkan kalau saya buat juga dan itu malam terakhir boleh nyanyi, sedih untuk saya tapi ada orang lain yang seronok. Ini adalah punca pendapatan saya. Jadi saya fikir keadaan sekarang sebelum ia lebih teruk," ujarnya.


Ditanya mengenai penyanyi yang bakal menyanyikan 'Peluang Kedua' pada SFMM35 nanti, Nabila yang juga bergelar seorang pelakon itu tidak boleh berkongsi lanjut.

"Insya Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti," tuturnya.

Episod ketiga SFMM35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat lalu.

Difahamkan episod ketiga SFMM35 akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: