17 December 2020

ADIK NADIA BRIAN DAKWA SUAMI KAKAKNYA ADA MASALAH MENTAL?



Susulan pendedahan suami pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin yang mendakwa melihat isterinya itu curang di depan matanya serta mempunyai bukti dia bersama lelaki lain di sebuah hotel, Instagram Nadia dibanjiri dengan komen kecaman netizen.

Namun baru-baru ini, seorang wanita menggunakan akaun @lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil ke hadapan demi mempertahankan maruah kakaknya.

Menerusi beberapa posting di Instastory, Lydia mendakwa Mr M dipercayai Muizz yang juga abang iparnya itu seperti mempunyai masalah mental kerana pandai berlakon untuk meraih simpati orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Dakwanya lagi, tindakan Muizz mendedahkan isu hal rumah tangga di media sosial, kemudian mengganggu karier dserta kehidupan Nadia disifatkan sebagai perkara tidak normal.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsikan mesej daripada seorang netizen yang mengatakan bahawa kakaknya yang berusia 29 tahun itu seorang yang lembut dan tidak sombong.



Menerusi satu perkongsian di Instagram, wanita itu turut menasihati netizen agar tidak melemparkan tuduhan tidak berasas serta tidak menjaga hal tepi kain keluarga mereka.

Dalam satu posting perkongsian kakaknya, Lydia turut membalas komen seorang netizen menggelarkan kakaknya seorang wanita yang tidak baik susulan dakwaan Muizz yang melihat sendiri isterinya berlaku curang.

Terdahulu, Nadia mengakui suaminya sudah menfailkan perceraian dan berharap suaminya akan terus melafazkan cerai di mahkamah nanti. Ujarnya, dia sudah tawar hati serta menyifatkan suaminya seorang yang banyak kerenah, namun tidak dapat didedahkan kepada umum demi menjaga aib.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Ohmymedia, Instagram Nadia Brian & Muizz Nasruddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: