18 December 2020

GELARAN DA'I - PENGURUS SYED IQMAL PERTIMBANG BUANG



Umum sedia maklum mengenai pedakwah selebriti, Dai Syed Iqmal yang terkait dengan kontroversi dakwaan merogol. Perkara tersebut sekaligus menaikkan nama sehingga dirinya menjadi lebih terkenal berbanding sebelum ini dimana dia kurang dikenali.

Berhubung penggunaan gelaran Da'i pada nama Syed Iqmal, pengurusnya iaitu Mohd Aizat Jaafar berkata dia akan melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai penjenamaan semula.

"Tentang nama, InsyaAllah kita akan bincang selepas ini untuk rebranding. Kita akan lakukan dengan pihak pengurusan termasuklah mengenai hal promosi lagu dan sebagainya

"Sekarang ini kita hanya ikut prosedur yang ada, setakat ini Alhamdilillah sokongan peminat dan maklum balas netizen lebih baik berbanding sebelum ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, pengurus Da'i Syed berkata, masyarakat kini lebih mengenali pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti keagamaan itu. Ujarnya lagi, ada hikmah disebalik kontroversi itu dan selepas ini Da'i Syed boleh menggunakan kapasiti itu untuk berdakwah.

"Mungkin ada hikmah apa yang terjadi selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh gunakan kapasiti itu untuk berdakwah dan menyampaikan yang baik-baik.

"Buat masa ini untuk kerjaya nyanyian dia kita tengok dulu keadaan emosinya. Pihak pengurusan memang ada rancangan untuk dia tapi bagi dia betul-betul stabil dan kembali bersemangat terlebih dahulu," ujar sebelum ini.



www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: