29 December 2020

DAKWAAN JADI WALI - BAPA NEELOFA ENGGAN BERI KOMEN



Berhubung dakwaan yang mengatakan dia menjadi wali kepada pernikahan anaknya dan pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz atau sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, di Kelantan, bapa kandung kepada pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa enggan memberi sebarang komen.

Mohd. Noor berkata, dia mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak termasuk media yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

"Saya sudah katakan semalam (kelmarin) bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini. Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam (kelmarin). Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 31 sebelum ini memaklumkan, keluarganya kini dalam proses perbincangan dengan keluarga Muhammad Haris atau PU Riz mengenai status hubungan mereka.

Klik untuk gambar besar



Neelofa berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

"Keluarga kami kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua- dua belah pihak.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku.

"Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada sebarang ikatan," jelasnya dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: