29 December 2020

PENGALAMAN ORANG SEKELILING BUAT ZIZI TAKUT BERTUNANG, MAHU TERUS NIKAH



"Sejujurnya saya takut nak bertunang lama-lama, kalau boleh nak terus kahwin! Tak payah bertunang... sebab tengok pengalaman orang sekeliling yang banyak berdepan ujian. Ada kenalan saya yang sedang membilang hari untuk berkahwin tapi putus kerana ada hasutan-hasutan dan godaan menakutkan daripada orang sekeliling.

"Sebab itulah orang kata nak bertunang senyap-senyap sahaja, tunjuk gambar bila dah selesai semuanya. Kita faham sebagai orang dikenali semua orang nak tahu apa kita lakukan tetapi kena sedar dugaan itu sentiasa ada!" demikianlah kata penyanyi Zizi Kirana.

Zizi memberitahu dia mahu terus berkahwin tanpa perlu mengikut adat bertunang kerana bimbang dengan ujian dan dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut Zizi, 35, pengalaman rakan-rakan yang gagal dalam hubungan membuatkan dia takut untuk melalui proses pertunangan dan lebih selesa jika ikatan itu diteruskan dengan pernikahan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, penyanyi lagu 'Eh' ini berkata dia sentiasa meminta pandangan ibunya mengenai jodoh supaya tidak tersalah memilih lelaki. Malah, dia turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga tidak pernah meletakkan syarat mengenai bakal suami.

"Selalunya saya minta pandangan ibu dahulu, sesuai tak dengan lelaki ini... saya minta dia beritahu awal-awal kalau tak suka, jangan hubungan dah jauh baru nak kata tak suka. Saya juga dah beritahu ibu kalau nak buat majlis pertunangan juga, biar hanya kami sekeluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu, tak perlu nak heboh-heboh.

"Nasib baik ibu saya memahami dan tak pernah memaksa saya cari bakal suami... kebiasaannya kalau ada lelaki nak dekat, saya akan beritahu ibu dahulu supaya dia boleh tengok karakter lelaki itu," ujarnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zizi Kirana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: