03 December 2020

DANA MENCUKUPI, JALANI PEMBEDAHAN - BOB LOKMAN MOHON DOA



Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 56, difahamkan semalam menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) pada jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Perkara itu dikongsi Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menerusi Facebook Majlis Ilmu yang turut memohon orang ramai mendoakan semoga pembedahan Bob berjaya.

"Bob akan menjalani pembedahan. Mohon doa daripada seluruh teman-teman. Tiada lawatan dibenarkan oleh pihak berkuasa hospital. Semoga pembedahan abang Bob sukses. Kita pakat-pakat doakan beliau," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, isteri Bob, Relawati Daud menerusi kiriman WhatsApp memohon maaf tidak dapat berkongsi maklumat terkini berkaitan suaminya: "Maaf, tak boleh bercakap sekarang. Belum dapat apa-apa maklumat dari hospital dan masih menunggu," katanya.

Terdahulu, Bob dilaporkan memerlukan bantuan kewangan sebanyak.RM60,000 bagi membolehkan dia menjalani pembedahan jantung dengan segera.



Dalam tempoh dua hari jumlah diperlukan itu dapat dikumpul daripada hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak. Bob ketika dihubungi, Isnin lalu turut mengakui perasaannya kini 'lain macam' untuk menjalani pembedahan berkenaan.

"Apa perasaan saya yang sebenar, hanya Allah yang tahu. Tapi, memang lain macam sikit walaupun ikutkan ini adalah pembedahan kali keempat saya. Harap semuanya selamat dan saya kembali sihat semula.

"Mohon sama-sama doakan saya untuk pembedahan ini," tutur Bob berkata yang dia berharap keadaan kesihatannya lebih baik selepas menjalani pembedahan jantung berkenaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: