01 December 2020

DIANGGAP MATI GARA-GARA LAMA 'MENYEPI' - AWEERA TERKILAN, DOA DIBERI HIDAYAH



Baru-baru ini, penyanyi Aweera telah menerima komen negatif netizen yang mendoakan soalah-olah dirinya sudah meninggal dunia. Dek kerana komen tersebut, Aweera telah meluahkan rasa terkilan.

Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, komen seumpama itu keterlaluan dan berharap insan itu insaf dengan perbuatannya.

"Saya saja nak baca komen di Youtube... dan ternampak satu komen yang saya rasa agak terkilan. Saya pun dengan sengaja screenshoot dan muat naik di Instastory.

"Komen yang sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh saya tenang di sana tu bagi saya agak melampau. Saya bukan nak marah cumanya saya harap dia sedar apa dia buat dan diberi hidayah kerana itu semua kuasa Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Aweera memuat naik paparan skrin komen individu yang mengatakan penyanyi itu sudah meninggal dunia. Menurut laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Aweera pernah mendedahkan dia mengalami depresi akibat dikecam.

Dalam pada itu, Aweera memberi penjelasan terhadap status yang berbaur kurang senang apabila ramai yang menyanyikan semula lagu 'Roman Cinta' yang pernah dipopularkannya.

"Saya bukan tidak puas hati atau marah kepada artis-artis yang cover lagu saya tu, sebenarnya bagus la mereka tolong mempromosikan dan rezeki masing-masing, cuma status itu luahan hati kecil sebagai penyanyi asal saja.


Sementara itu, Aweera berkongsi berita gembira bahawa dia mempunyai perancangan ingin berikan sesuatu yang luar biasa kepada peminat pada tahun depan sekali gus muncul semula dalam industri.

"Buat masa sekarang, saya tak nak kongsi apa-apa lagi. Insya-Allah hujung Januari tahun depan, saya akan umumkan di platform media sosial saya. Alhamdulillah... saya tengok rata-rata peminat beri komen positif dan tidak sabar menantikan kemunculan saya semula," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi ini sedar masih mempunyai banyak kekurangan dan menganggap cabaran dalam industri seni seperti ujian dalam kehidupan seharian. Aweera berharap kariernya dalam industri seni terus disokong dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aweera

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: